1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insya-Allah akan berhasil hajatnya.
4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah ayat Al-Kursi 170 kali, insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan murah rezekinya serta tercapai hajatnya.
5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, insya-Allah akan berhasil hajatnya.
6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, insya-Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
2 comments:
insyallah...
salam perjalanan...
Memang benar. Sama-samalah kita amalkannya.
Post a Comment